Thursday 24 November 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 10 (Perasaan)

24 / 11 / 2011

Pada minggu kesepuluh ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu software yang mempunyai beberapa persamaan dengan "Jing" dan sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Camtasia". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari software boleh menukar powerpoint kepada video sambil mengubah suai ataupun edit. Selepas kelas ini, saya telah boleh menukar powerpoint kepada video menggunakan "Camtasia" ini sambil edit. Selain itu, saya juga telah menukar assignment pertama saya kepada video menggunakan "Camtasia". Assignment ketiga saya juga akan menggunakan "Camtasia" untuk membuat bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan npembelajaran. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Jing" berbanding dengan "Camtasia" walaupun "Camtasia" mempunyai fungsi edit. Hal ini kerana "Camtasia" perlu bayar atau beli tetapi "Jing" adalah percuma. Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua software iaitu"Jing" dan "Camtasia". Hanya saya perlu menggunakan 30 hari ini dengan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment