22/09/2011
Pada minggu ini, lecturer kami telah memberitahu kami tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan khas. Beliau juga menyatakan bahawa selepas beliau menghadiri seminar pendidikan khas, beliau akan mengajar kami tentang apa yang telah dipelajari olehnya. Beliau juga telah memberi satu tajuk kepada kami untuk refleksi iaitu "Apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?"
Saturday 24 September 2011
Apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?
Apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?
Pada zaman yang moden ini, semua orang melakukan segala kerja dalam kehidupan harian mereka melalui teknologi terutamanya penggunaan internet. Selain daripada sektor industri, pengajaran dan pembelajaran iaitu pendidikan juga menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?
Pertama sekali, kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah mudah dapat maklumat. Guru boleh mendapatkan pelbagai maklumat pengajaran seperti bahan bantu mengajar melalui internet dengan cepat dan senang. Contohnya, guru boleh mendapatkan kertas latihan dengan cara mencari, menurun muat, dan mencetak daripada internet.
Selain itu, menarik perhatian juga merupakan salah satu kebaikan. Bahan bantu mengajar yang terdapat dalam internet dapat menarik perhatian kanak-kanak kerana mempunyai unsur-unsur yang tertentu seperti berwarna-warni. Contohnya, internet mempunyai animasi, lagu, gambar, video dan sebagainya yang memang disukai oleh kanak-kanak.
Motivasi merupakan salah satu unsur yang sangat penting kepada kanak-kanak dalam pendidikan. Bahan bantu mengajar yang terdapat dalam internet selalu mempunyai perkataan yang boleh memberi dorongan kepada kanak-kanak. Contohnya, apabila kanak-kanak menjawab soalan yang terdapat dalam internet dengan betul, ia akan mempaparkan perkataan yang memberi motivasi seperti “Baik”, “Taniah”, “Well done”, “Great”, “Good”, dan sebagainya. Jika kanak-kanak telah menjawab jawapan yang salah, ia akan mempaparkan perkataan seperti “Try again”, “Selamat mencuba”, “Berusaha lagi” dan sebagainya. Ini juga akan memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk terus berusaha.
Tambahan pula, bahan yang terdapat dalam internet menunjukkan keadaan sebenar. Kebanyakkan data yang terdapat dalam internet adalah data yang asli iaitu tidak pernah diubah suai. Contohnya, berita yang terdapat dalam internet.
Di samping itu, penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat menyeronokan kanak-kanak. Bahan bantu mengajar dalam internet dapat menyeronokan kanak-kanak berbanding dengan mengajar menggunakan buku teks. Contohnya, internet mempunyai permainan yang boleh memberi pembelajaran untuk kanak-kanak.
Bahan bantu mengajar dalam internet mempunyai penilaian. Selepas bermain, permainan tersebut akan menunjukkan markah keseluruhan supaya kanak-kanak mengetahui tahap pemahaman mereka. Contohnya, selepas main satu permainan, permainan tersebut akan menunjukkan 8 daripada 10 soalan telah dijawab dengan betul.
Guru dan kanak-kanak juga boleh mendapat pelbagai rujukan daripada internet. Untuk mengetahui sesuatu, guru ataupun kanak-kanak boleh mencari pelbagai rujukan daripada internet dengan mudah dan cepat. Contohnya, buku teks, buku rujukan, persoalan dalam bidang sains dan sebagainya.
Akhir sekali, kebaikan penggunaan internet adalah berkomunikasi. Guru atau kanak-kanak boleh berkomunikasi sesama dengan sendiri walaupun selepas masa persekolahan. Contohnya, jika kanak-kanak mempunyai sebarang persoalan semasa cuti persekolahan, mereka boleh bertanya dengan guru mereka melalui internet. Hal ini juga memastikan kanak-kanak pada zaman ini tidak ketinggalan dengan teknologi yang canggih.
Secara keseluruhannya, penggunaan internet mempunyai banyak kebaikan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Apa yang penting adalah guru dan kanak-kanak harus menggunakannya dengan cara yang betul. Guru dan ibubapa memainkan peranan yang penting semasa kanak-kanak menggunakan internet seperti melarang atau mengelakkan kanak-kanak melayari websites yang tidak bermoral dan berpendidikan.
Sumber Dari Internet
Kebaikan internet 1Kebaikan internet 2
Tuesday 20 September 2011
Internet Dan Pengajaran~Minggu 1 (Perasaan)
15/09/2011
Hari ini adalah hari yang pertama saya menghadiri kelas ini. Lecturer kami telah mengajar kami cara untuk menghasilkan wikispaces, blogspot, dan weebly. Beliau juga telah mengajar kami cara untuk link blogspot ke wikispaces. Beliau telah menolong saya apabila saya menghadapi masalah semasa menghasilkan wikispaces saya. Beliau juga memberi tugasan tentang assignment kami yang pertama dan kedua. Selain itu, Beliau juga menunjukkan beberapa contoh assignment senior supaya kami mengetahui cara membuatnya. Saya juga telah mengetahui beberapa website yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar ataupun rujukan semasa mengajar kanak-kanak.
Hari ini adalah hari yang pertama saya menghadiri kelas ini. Lecturer kami telah mengajar kami cara untuk menghasilkan wikispaces, blogspot, dan weebly. Beliau juga telah mengajar kami cara untuk link blogspot ke wikispaces. Beliau telah menolong saya apabila saya menghadapi masalah semasa menghasilkan wikispaces saya. Beliau juga memberi tugasan tentang assignment kami yang pertama dan kedua. Selain itu, Beliau juga menunjukkan beberapa contoh assignment senior supaya kami mengetahui cara membuatnya. Saya juga telah mengetahui beberapa website yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar ataupun rujukan semasa mengajar kanak-kanak.
Introdution
Internet Dan Pengajaran My name is Jelly Yong. I'm 21 years old. I came from Kota Kinabalu, Sabah to University of Malaya, Kuala Lumpur to continue my studies on Early Childhood Education. This semester is my third semester that's mean second year. My minor is technology. For this semester, i took "Internet Dan Pengajaran" for one of the technology course. So, i will post anythings related to this course that teach by our lecturer. Seen this course is in Bahasa Melayu, so i will post those informations in Bahasa Melayu. Hopefully those informations can help u all in many ways. Thank You for your time and attention. Thank You so much...
Subscribe to:
Posts (Atom)