Saturday 22 October 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 6 (Perasaan)

20 / 10 / 2011

Pada minggu keenam ini, kami terus membentangkan assignment kami yang pertama. Rakan-rakan saya telah post assignment mereka dalam wikispaces kami iaitu "Internet Dan Pengajaran". Jika ada sesiapa yang berminat, boleh merujuk padanya. Selain itu, saya juga telah mengetahui bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai cerebral palsy dan banyak maklumat tentang penyakit ini.

Bagaimana menggunakan internet di dalam kelas?

Bagaimana  Menggunakan  Internet  Di  Dalam  Kelas?
          Guru  menggunakan  internet  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  mempunyai  pelbagai  kebaikan.  Oleh  itu,  guru  boleh  menggunakan  internet  di  dalam  kelas  supaya  pelajar-pelajar  boleh  mendapatkan  pelbagai  ilmu  pengetahuan  bukan  sahaja  melalui  buku  teks  tetapi  juga  melalui  internet  yang  menarik  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Walau  bagaimanapun,  bagaimanakah  guru  boleh  menggunakan  internet  di  dalam  kelas?
          Pertama  sekali,  guru  boleh  menggunakan  Blogspot  untuk  mengajar  pelajar-pelajarnya.  Blogspot  merupakan  salah  satu  web  yang  membolehkan  interaksi  atau  komunikasi  berlaku  di  dalam  kalangan  pelajar dengan  pelajar  ataupun  pelajar  dengan  guru.  Contohnya,  guru  boleh  menayangkan  pelbagai  Blogspot  orang  lain  yang  mempunyai  bahan  bantu  mengajar  yang  baik.  Selain  itu,  guru  juga  boleh  upload  pelbagai  bahan  bantu  mengajar  seperti  website  yang  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran,  latihan,  permainan  yang  mempunyai  unsur belajar  dan  sebagainya.  Tambahan  pula,  pelajar  boleh  berkomunikasi  dengan  pelajar  lain  ataupun  guru  apabila  mereka  menghadapi  pelbagai  masalah  dalam  proses  ulangkaji.
          Di  samping  itu,  guru  juga  boleh  menggunakan  Publisher  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Publisher  adalah  website  yang  telah  dibuat  oleh  orang  lain  dan  boleh  didapati  melalui  internet.  Contohnya,  guru  boleh  mencari  Publisher  yang  sesuai  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  menggunakannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar  semasa  di  dalam  kelas.  Selain  itu,  guru  juga  boleh  membina  Publisher  sendiri  yang  mengandungi  pelbagai  bahan  bantu  mengajar  untuk  memudahkan  pengajaran  dan  pembelajaran.  Dengan  ini,  pelajar-pelajar  juga  boleh  melayarinya  semasa  di  rumah.
          Tambahan  pula,  guru  juga  boleh  menggunakan  websites  dua  dimensi  seperti  Wikispaces,  Weebly,  dan  sebagainya.  Sebenarnya,  Blogspot  juga  merupakan  website  dua  dimensi.  Oleh  itu,  kegunaan  websites  dua  dimensi  ini  lebih  kurang  sama.  Tetapi  guru  boleh  menggunakan  pelbagai  websites  dua  dimensi  ini  supaya  pelajar-pelajar  boleh  mendapatkan  pelbagai  ilmu  pengetahuan  dari  segi  penggunaan  pelbagai  websites  dua  dimensi  dan  bahan  yang  terdapat  di  pelbagai  jenis  websites  dua  dimensi  ini.
          Selain  daripada  websites  dua  dimensi,  websites  tiga  dimensi  juga  boleh  digunakan  oleh  guru  semasa  pengajaran  dan  pembelajaran.  Second  Life  merupakan  websites  tiga  dimensi  yang  sangat  popular  dan  boleh  digunakan  oleh  guru  di  dalam  kelas.  Di  dalam  Second  Life  ini,  guru  boleh  membina  dunia  yang  penuh  dengan  bahan  bantu  mengajar  dan  maklumat  pengajaran  dan  pembelajaran.  Dengan  ini,  pelajar-pelajar  boleh  melayari  Second  Life  ini  dan  belajar  di  dunia  tersebut.  Hal  ini  dapat  menarik  perhatian  pelajar-pelajar  supaya  mereka  tidak  akan  berasa  bosan  untuk  belajar.  Selain  itu,  pelajar-pelajar  boleh  bermain  sambil  belajar  melalui  Second  Life  ini.  Tambahan  pula,  pelajar-pelajar  juga  boleh  menemui  pelbagai  orang  yang  datang  dari  pelbagai  negara.  Dengan  ini,  pelajar-pelajar  boleh  mempelajari  daripada  orang-orang  tersebut  berkaitan  dengan  negara  mereka.  Kemahiran  berkomunikasi  juga  boleh  dikembangkan.  Di  samping  itu,  di  dalam  Second  Life  juga  mempunyai  pelbagai  seminar,  pelajar-pelajar  boleh  menyertai  seminar-seminar  tersebut  untuk  menambah  ilmu  pengetahuan  mereka  yang  tidak  akan  dipelajari  di  mata  pelajaran  yang  lain.
          Guru  juga  boleh  mendapat  pelbagai  videos  daripada  internet.  Apabila  guru  mengajar  di  dalam  kelas,  guru  boleh  menggunakan  internet  untuk  mendapatkan  pelbagai  videos  yang  berkaitan  dengan  mata  pelajaran  yang  diajar.  Sebagai  contoh,  jika  guru  mengajar  mata  pelajaran  sains,  guru  boleh  mencari  videos  yang  menunjukan  proses  hujan  supaya  pelajar-pelajar  dapat  mengetahuinya  dengan  lebih  jelas  daripada  perkataan  di  dalam  buku  teks.
          Pelbagai  gambar  juga  merupakan  salah  satu  bahan  yang  boleh  didapati  daripada  internet.  Guru  boleh  menggunakan  gambar  yang  terdapat  di  internet  untuk  menjadi  bahan  bantu  mengajar.  Contohnya,  jika  guru  mengajar  bentuk,  guru  boleh  mencari  gambar  pelbagai  bentuk  supaya  pelajar-pelajar  dapat  memahaminya  dengan  baik.
          Internet  juga  mempunyai  pelbagai  permainan.  Sebelum  pengajaran  dan  pembelajaran,  guru  boleh  menggunakan  permainan  dalam  internet  sebagai  set  induksi.  Guru  juga  boleh  menggunakan  permainan  dalam  internet  sebagai  salah  satu  aktiviti  semasa  mengajar.  Permainan  dalam  internet  ini  juga  boleh  dijadikan  sebagai  latihan  selepas  pengajaran  dan  pembelajaran.
          Akhir  sekali,  guru  boleh  menggunakan  internet  di  dalam  kelas  kerana  internet  terdapat  pelbagai  maklumat.  Guru  boleh  mencari  lebih  banyak  maklumat  daripada  internet  semasa  mengajar  supaya  pelajar-pelajar  dapat  mengingatinya  dengan  lebih  bagus.  Contohnya,  apabila  pelajar-pelajar  diberi  pelbagai  jenis  soalan  matematik  selain  daripada  buku  teks  dan  buku  kerja,  mereka  akan  lebih  mahir  dalam  matematik.
          Kesimpulannya,  internet  sangat  berguna  di  dalam  kelas  untuk  pengajaran  dan  pembelajaran.  Oleh  itu,  jika  boleh  setiap  kelas  harus  dibekalkan  komputer  dan  internet  supaya  guru  dan  pelajar-pelajar  boleh  menggunakannya  sebagai  salah  satu  media  yang  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Dengan  ini,  pelajar-pelajar  boleh  mendapat  pelbagai  ilmu  pengetahuan  bersama  keseronokan  adanya  internet.

Sumber Dari Internet
Guna internet 1  
Guna internet 2