01 / 12 / 2011
Pada minggu kesebelas ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu web 2.0 yang sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Wordpress". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari web 2.0 yang boleh post dan link bahan bantu mengajar seperti video, website, youtube dan sebagainya. Selepas kelas ini, saya telah boleh post dan link bahan bantu mengajar saya. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Blogspot" berbanding dengan "Wordpress" untuk post perkataan tetapi untuk post dan link video, saya lebih suka "Wordpress" berbanding dengan "Blogspot". Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua web 2.0 iaitu"Wordpress" dan "Blogspot".
Monday 5 December 2011
Wordpress
“Wordpress” (Kegunaan dalam Pengajaran Dan Pembelajaran)
“Wordpress” merupakan salah satu web 2.0 yang sangat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. “Wordpress” ini boleh didapatkan secara percuma atau secara bayaran dalam internet. Anda hanya perlu sign up “Wordpress” tersebut dan sign in untuk menggunakannya.
Pertama sekali, kegunaan “Wordpress” adalah berkomunikasi. Guru atau kanak-kanak boleh berkomunikasi sesama dengan sendiri walaupun selepas masa persekolahan. Contohnya, jika kanak-kanak mempunyai sebarang persoalan semasa cuti persekolahan, mereka boleh bertanya dengan guru mereka melalui email. Hal ini juga memastikan kanak-kanak pada zaman ini tidak ketinggalan dengan teknologi yang canggih.
Kegunaan “Wordpress” yang seterusnya adalah menyimpan data. Apabila ada orang yang menyampaikan maklumat melaluinya, maklumat tersebut akan berada di dalam inbox “Wordpress”. Anda boleh menyimpan maklumat-maklumat tersebut di dalam inbox tanpa muat turun maklumat tersebut. Contohnya, anda boleh menyimpan email daripada pelajar-pelajar anda untuk menjadikan rujukan dalam jangka masa yang panjang.
Sebenarnya “Wordpress” ini juga boleh digunakan oleh guru untuk post bahan bantu mengajar. Guru boleh post sebarang bahan bantu mengajar melalui “Wordpress” supaya pelajar-pelajarnya boleh muat turun bahan tersebut dalam pembelajaran. Contohnya, videos, powerpoint, gambar, permainan, dan sebagainya.
Tambahan pula, “Wordpress” juga boleh digunakan untuk link bahan bantu mengajar kepadanya. Guru boleh link website yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran kepada “Wordpress” supaya guru boleh menggunakannya dengan segera tanpa mencarinya semasa kelas. Pelajar-pelajar juga boleh menjadikan sebagai bahan semasa di rumah. Contohnya, website, youtube, blogspot dan sebagainya.
“Wordpress” ini boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat. Guru boleh mendapatkan pelbagai maklumat pengajaran seperti bahan bantu mengajar melalui “Worspress” dengan cepat dan senang. Contohnya, guru boleh mendapatkan powerpoint atau kertas latihan dengan cara mencari, menurun muat, dan mencetak daripada internet.
Selain itu, menarik perhatian juga merupakan salah satu kegunaan. Bahan bantu mengajar yang terdapat dalam “Wordpress” dapat menarik perhatian kanak-kanak kerana mempunyai unsur-unsur yang tertentu seperti berwarna-warni. Contohnya, dalam “Wordpress” mempunyai animasi, lagu, gambar, video dan sebagainya yang memang disukai oleh kanak-kanak.
Di samping itu, kegunaan “Wordpress’ yang seterusnya adalah menyeronokan kanak-kanak. Bahan bantu mengajar dalam “Wordpress” dapat menyeronokan kanak-kanak berbanding dengan mengajar menggunakan buku teks. Contohnya, “Wordpress” mempunyai ahli yang post permainan yang boleh memberi pembelajaran untuk kanak-kanak.
Tambahan pula, bahan yang terdapat dalam internet seperti “Wordpress” menunjukkan keadaan sebenar. Kebanyakkan data yang terdapat dalam internet adalah data yang asli iaitu tidak pernah diubah suai. Contohnya, berita yang terdapat dalam internet.
Guru dan kanak-kanak juga boleh mendapat pelbagai rujukan daripada “Wordpress”. Untuk mengetahui sesuatu, guru ataupun kanak-kanak boleh mencari pelbagai rujukan daripada “Wordpress” dengan mudah dan cepat. Contohnya, buku teks, buku rujukan, persoalan dalam bidang sains dan sebagainya kerana ada sebahagian daripada ahli dalam “Wordpress” akan post bahan tersebut.
Kesimpulannya, “Wordpress” ini sangat berguna dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia akan melancarkan dan memudahkan pengajaran bagi guru dan pembelajaran bagi pelajar. Apa yang penting adalah guru dan kanak-kanak harus menggunakannya dengan cara yang betul. Guru dan ibubapa memainkan peranan yang penting semasa kanak-kanak menggunakan internet seperti melarang atau mengelakkan kanak-kanak melayari websites yang tidak bermoral dan berpendidikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)