Thursday 24 November 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 10 (Perasaan)

24 / 11 / 2011

Pada minggu kesepuluh ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu software yang mempunyai beberapa persamaan dengan "Jing" dan sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Camtasia". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari software boleh menukar powerpoint kepada video sambil mengubah suai ataupun edit. Selepas kelas ini, saya telah boleh menukar powerpoint kepada video menggunakan "Camtasia" ini sambil edit. Selain itu, saya juga telah menukar assignment pertama saya kepada video menggunakan "Camtasia". Assignment ketiga saya juga akan menggunakan "Camtasia" untuk membuat bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan npembelajaran. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Jing" berbanding dengan "Camtasia" walaupun "Camtasia" mempunyai fungsi edit. Hal ini kerana "Camtasia" perlu bayar atau beli tetapi "Jing" adalah percuma. Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua software iaitu"Jing" dan "Camtasia". Hanya saya perlu menggunakan 30 hari ini dengan sepenuhnya.

"Camtasia" (Kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan perasaan)

“Camtasia”  (Kegunaan  Dalam  Pengajaran  Dan  Pembelajaran,  Dan  Perasaan)
          “Camtasia”  merupakan  salah  satu  software  yang  mempunyai  beberapa  persamaan  dengan  “Jing”  dan  sangat  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  “Camtasia”  ini  boleh  didapatkan  secara  percuma  untuk  30  hari  percubaan  dalam  internet.  Manakala  “Camtasia”  yang  kekal  lama  harus  dibeli  oleh  pengguna.  Anda  hanya  perlu  download  “Camtasia”  30  hari  percubaan  tersebut  dan  install  dalam  komputer  anda.  Manakala  bagi  “Camtasia”  kekal  lama,  anda  perlu  membeli  dan  install  dalam  komputer  anda.
          “Camtasia”  ini  boleh  digunakan  untuk  merekod  video  dalam  screen  komputer  termasuk  powerpoint  dan  internet.  “Camtasia”  juga  mempunyai  pelbagai  slide  yang  cantik  dan  berwarna-warni  untuk  dipilih  oleh  pengguna  sebagai  muka  depan  persembahan  termasuk  powerpoint.  “Camtasia”  juga  mempunyai  satu  kebaikan  yang  tidak  dipunyai  oleh  “Jing”  iaitu  boleh  mengubah  suai  ataupun  edit  proses  persembahan  tersebut.
          Untuk  merekod  video,  cara  penggunaannya  adalah  menekan  Tools  yang  terdapat  di  atas  screen  “Camtasia”  Studio  7,  selepas  itu  menekan  Record  The  Screen  untuk  merekod  screen  komputer  anda.  Manakala  untuk  merekod  powerpoint  manjadi  video,  cara  penggunaannya  sama  dengan  merekod  screen  hanya  menekan  Record  The  Powerpoint  untuk  langkah  kedua.  Ia  akan  mengira  nombor  3  sehingga  1  supaya  anda  mempunyai  sedikit  masa  menyediakan  diri.  Selepas  pengiraan tersebut,  “Camtasia”  akan  mula  merekod.  Anda  boleh  bercakap  melalui  microphone  supaya  video  anda  mempunyai  bunyi.  Masa  yang  diperuntukkan  adalah  2  minit  20  saat.  Akhir  sekali,  anda  perlu  Save  Project  tersebut.
          Dengan  ini,  guru  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  merekod  aktiviti  dari  internet  ataupun  sumber  lain  dan  menjadikannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Hal  ini  dapat  menarik  perhatian  pelajar  kerana  terdapat  visual  yang  berwarna-warni  dalam  pembelajaran.  Ini  adalah  salah  satu  motivasi  kepada  pelajar.  Sebagai  contoh,  guru  boleh  merekod  aktiviti  dalam  internet  sambil  melakukan  aktiviti  tersebut  serta  bercakap  melalui  microphone.
          Selain  itu,  guru  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  menjadikan  powerpoint  sebagai  video  dan  menjadikannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Semua  hasil  ini  boleh  mempelbagaikan  bahan  bantu  mengajar  guru  bukan  setiap  hari  menggunakan  papan  tulis  untuk  mengajar  sahaja.  Sebagai  contoh,  guru  boleh  merekod  powerpoint  pengajaran  menjadi  video.
Tambahan  pula,  “Camtasia”  ini  juga  mempunyai  pelbagai  slide  yang  cantik  dan  berwarna-warni  untuk  dipilih  oleh  pengguna  sebagai  muka  depan  persembahan  termasuk  powerpoint.  Cara  penggunaannya  adalah  menekan  butang  Library,  selepas  memilih  slide  yang  dihendaki,  Take  and  Drop  slide  tersebut  ke  bawah  ruang  yang  disediakan.  Muka  depan  persembahan  ini  juga  boleh  dimasukkan  tajuk  persembahan.  Selain  daripada  muka  depan,  ia  juga  boleh  menjadi  muka  akhir.  Dengan  ini,  guru  boleh  mencantikkan  persembahan  seperti  powerpoint  untuk  menarik  minat  pelajar.
“Camtasia”  juga  mempunyai  satu  kebaikan  yang  tidak  dipunyai  oleh  “Jing”  iaitu  boleh  mengubah  suai  ataupun  edit  proses  persembahan  tersebut.  Cara  penggunaannya  adalah  Highlight  bahagian  yang  tidak  diperlukan,  seterusnya  menekan  butang  berbentuk  gunting  untuk  memotong  bahagian  tersebut.  Proses  persembahan  tersebut  boleh  dipindah  dan  disusun.  Fungsi  ini  sangat  berguna  untuk  menghasilkan  video  yang  baik.
  Pelajar  juga  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  menyelesaikan  tugasan  yang  diberi  oleh  guru.  Hal  ini  dapat  menarik  minat  pelajar  untuk  membuat  kerja  rumah  kerana  “Camtasia”  ini  dapat  menghiburkan  pelajar  sambil  belajar.  Dengan  menggunakan  “Camtasia”,  pelajar  juga  dapat  meningkatkan  tahap  kreativitinya.  Mereka  boleh  menggunakan  pelbagai  idea  untuk  membuat  tugasan  mereka.  Hal  ini  juga  membolehkan  pelajar  menyesuaikan  diri  dengan  teknologi  kerana  pada  masa  kini  merupakan  zaman  teknologi.
          Kesimpulannya,  “Camtasia”  ini  sangat  berguna  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ia  akan  melancarkan  dan  memudahkan  pengajaran  bagi  guru  dan  pembelajaran  bagi  pelajar.  Anda  harus  belajar  cara  menggunakan  “Camtasia”  ini  kerana  anda  akan  mempunyai  perasaan  yang  sama  dengan  saya  iaitu  gembira  sebab  software  ini  sangat  baik  dan  berguna  pada  masa  depan  anda.

Wednesday 23 November 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 9 (Perasaan)

17 / 11 / 2011

Pada minggu kesembilan ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu software yang sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Jing". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari software yang sangat diimpian oleh saya kerana sebelum ini saya hanya mengetahui cara mengubah gambar kepada video tetapi saya tidak mengetahui cara mengubah powerpoint kepada video. Selepas kelas ini, saya telah boleh menukar powerpoint kepada video menggunakan "Jing" ini. Selain itu, saya juga telah menukar assignment pertama saya kepada video.

"Jing" (Cara penggunaan, kebaikan, pengajaran dan pembelajaran, dan perasaan)


“Jing”  (Cara  Penggunaan,  Kebaikan,  Pengajaran  Dan  Pembelajaran,  Dan  Perasaan)
          “Jing”  merupakan  salah  satu  software  yang  sangat  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  “Jing”  ini  boleh  didapatkan  secara  percuma  dalam  internet.  Anda  hanya  perlu  download  “Jing”  tersebut  dan  install  dalam  komputer  anda.
          “Jing”  ini  boleh  digunakan  untuk  mengambil  gambar  dalam  screen  komputer  termasuk  powerpoint  dan  internet.  “Jing”  juga  boleh  digunakan  untuk  merekod  video  dalam  screen  komputer  termasuk  powerpoint  dan  internet.  “Jing”  juga  mempunyai  History  yang  mengumpulkan  semua  hasil  yang  dibuat.
          Untuk  mengambil  gambar,  cara  penggunaannya  adalah  menekan  Matahari  yang  terdapat  di  tepi  screen  komputer  anda,  selepas  itu  menekan  jari  yang  pertama  iaitu  Capture.  Seterusnya,  anda  perlu  Crop  bahagian  gambar  yang  diperlukan.  Selepas  itu,  anda  menekan  butang  yang  pertama  iaitu  Capture  Image.  Akhir  sekali,  anda  boleh  mencantikkan  gambar  anda  dengan  menggunakan  tools  yang  dibekalkan.  Jangan  lupa  menekan  butang  yang  kedua  iaitu  Save.  Anda  boleh  namakan  semula  nama  gambar  tersebut.
          Untuk  merekod  video,  cara  penggunaannya  adalah  menekan  Matahari  yang  terdapat  di  tepi  screen  komputer  anda,  selepas  itu  menekan  jari  yang  pertama  iaitu  Capture.  Seterusnya,  anda  perlu  Crop  bahagian  video  yang  diperlukan.  Selepas  itu,  anda  menekan  butang  yang  kedua  iaitu  Capture  Video.  Ia  akan  mengira  nombor  3  sehingga  1  supaya  anda  mempunyai  sedikit  masa  menyediakan  diri.  Selepas  pengiraan tersebut,  “Jing”  akan  mula  merekod.  Anda  boleh  bercakap  melalui  microphone  supaya  video  anda  mempunyai  bunyi.  Masa  yang  diperuntukkan  adalah  5  minit.  Akhir  sekali,  anda  perlu  menekan  butang  yang  kedua  iaitu  Save.  Anda  boleh  namakan  semula  nama  video  tersebut.
          Tambahan  pula,  anda  boleh  menekan  butang  yang  keempat  iaitu  Redo  Selection  sekiranya  anda  telah  salah  bahagian  yang  sebelumnya.  Anda  juga  boleh  menekan  butang  yang  kelima  iaitu  Cancel  untuk  membatalkan  process  tersebut.
          Anda  juga  boleh  mendapatkan  semula  apa  yang  telah  dilakukan  dengan  menekan  jari  yang  kedua  iaitu  History.  Anda  boleh  cari  menggunakan  tarikh  hasil  dilakukan  ataupun  size  hasil  dilakukan.  Anda  juga  boleh  memudahkan  pencarian  anda  dengan  menekan  butang  Images  atau  Videos  ataupun  Both.  Jari  yang  ketiga  adalah  More.  Di  sini  anda  boleh  memberi  tindak  balas  kepada  “Jing”  ataupun  mendapatkan  pertolongan  daripada  “Jing”  serta  sebagainya.
          Sebenarnya  “Jing”  ini  mempunyai  pelbagai  kebaikan  termasuk  dalam  Pengajaran  dan  Pembelajaran.  Guru  boleh  menggunakan  “Jing”  untuk  mengambil  gambar  dari  internet  ataupun  sumber  lain  dan  menjadikannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar.  Hal  ini  dapat  menarik  perhatian  pelajar  kerana  terdapat  visual  yang  berwarna-warni  dalam  pembelajaran.  Ini  adalah  salah  satu  motivasi  kepada  pelajar.  Selain  itu,  guru  juga  boleh  menggunakan  “Jing”  untuk  merekod  bahan  bantu  mengajar  dari  internet  ataupun  menjadikan  powerpoint  sebagai  video.
          Dengan  menggunakan  “Jing”,  guru  boleh  menjadikan  powerpoint  sebagai  video  ataupun  merekod  aktiviti  yang  terdapat  di  dalam  internet  sebagai  video.  Semua  hasil  ini  boleh  mempelbagaikan  bahan  bantu  mengajar  guru  bukan  setiap  hari  menggunakan  papan  tulis  untuk  mengajar  sahaja.
          Pelajar  juga  boleh  menggunakan  “Jing”  untuk  menyelesaikan  tugasan  yang  diberi  oleh  guru.  Hal  ini  dapat  menarik  minat  pelajar  untuk  membuat  kerja  rumah  kerana  “Jing”  ini  dapat  menghiburkan  pelajar  sambil  belajar.  Dengan  menggunakan  “Jing”,  pelajar  juga  dapat  meningkatkan  tahap  kreativitinya.  Mereka  boleh  menggunakan  pelbagai  idea  untuk  membuat  tugasan  mereka.  Hal  ini  juga  membolehkan  pelajar  menyesuaikan  diri  dengan  teknologi  kerana  pada  masa  kini  merupakan  zaman  teknologi.
          Kesimpulannya,  “Jing”  ini  sangat  berguna  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ia  akan  melancarkan  dan  memudahkan  pengajaran  bagi  guru  dan  pembelajaran  bagi  pelajar.  Anda  harus  belajar  cara  menggunakan  “Jing”  ini  kerana  anda  akan  mempunyai  perasaan  yang  sama  dengan  saya  iaitu  gembira  sebab  software  ini  sangat  baik  dan  berguna  pada  masa  depan  anda.