Thursday 27 October 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 7 (Perasaan)

27 / 10 / 2011

Pada minggu ketujuh ini, kami terus membentangkan assignment kami yang pertama. Rakan-rakan saya telah post assignment mereka dalam wikispaces kami iaitu "Internet Dan Pengajaran". Jika ada sesiapa yang berminat, boleh merujuk padanya. Selain itu, saya juga telah mengetahui ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai Dyslexia dan banyak maklumat tentang penyakit ini.

Apa yang dipelajari, apa yang tidak diketahui dan apa yang ingin diketahui?


Apa  Yang  Dipelajari,  Apa  Yang  Tidak  Diketahui  Dan  Apa  Yang  Ingin  Diketahui?
          Pada  hari  ini,  rakan-rakan  saya  telah  membentangkan  assignment  mereka.  Daripada  assignment  mereka,  saya  telah  mendapat  pelbagai  ilmu  pengetahuan  yang  tidak  diketahui  oleh  saya  dahulu.  Walau  bagaimanapun,  terdapat  banyak  perkara  yang  ingin  diketahui  oleh  saya.
          Daripada  perbentangan  yang  pertama,  saya  telah  mengetahui  ciri-ciri  orang  yang  mempunyai  Dyslexia.  Mereka  akan  menghadapi  masalah  dari  segi  penglihatan  dan  pendengaran.  Sebagai  contoh,  dari  segi  penglihatan,  mereka  akan  melihat  huruf  dengan  salah  seperti  “b”  sebagai  “p”,  “c”  sebagai  “e”,  “p”  sebagai  “q”  dan  sebagainya.  Manakala  dari  segi  pendengaran,  mereka  akan  mendengar  bunyi  huruf  dengan  kurang  tepat.  Oleh  itu,  sebagai  guru,  kami  boleh  mengajar  mereka  dengan  menggunakan  pelbagai  website  yang  sesuai.  Selain  itu,  saya  telah  mempelajari  pelbagai  website  yang  sesuai  untuk  mengajar  kanak-kanak.  Dalam  website  yang  dipersembahkan,  terdapat  banyak  bahan  bantu  mengajar  yang  baik.  Contohnya,  permainan,  lagu,  video  dan  sebagainya.
          Walau  bagaimanapun,  terdapat  banyak  persoalan  yang  tidak  diketahui  oleh  saya.  Saya  masih  tidak  mengetahui  penyakit  atau  syndrome  yang  dihadapi  oleh  kanak-kanak  istimewa.  Walaupun  minor  saya  adalah  teknologi,  tetapi  saya  ingin  mengetahui  pelbagai  maklumat  tentang  pendidikan  khas.  Saya  juga  tidak  mengetahui  cara-cara  yang  boleh  digunakan  untuk  mengajar  kanak-kanak  istimewa  tersebut.  Saya  juga  tidak  mengetahui  cara-cara  mengaplikasikan  teknologi  dalam  pendidikan  khas.  Sebenarnya  terdapat  banyak  website  yang  sesuai  dalam  pendidikan  khas.
Oleh  itu,  terdapat  banyak  maklumat  yang  ingin  diketahui  oleh  saya.  Saya  ingin  mengetahui  lebih  banyak  maklumat  tentang  kanak-kanak  istimewa  dan  cara  untuk  mengajar  kanak-kanak  tersebut.  Selain  daripada  Autism  dan  Dyslexia  yang  telah  dibentangkan  oleh  rakan-rakan  saya,  saya  juga  ingin  mengetahui  pelbagai  pendidikan  khas  supaya  saya  dapat  mengaplikasikan  teknologi  untuk  kanak-kanak  tersebut  walaupun  minor  saya  bukan  pendidikan  khas.  Salah  satu  contoh  adalah  Down  Syndrome.  Semua  ilmu  pengetahuan  tersebut  boleh  digunakan  pada  masa  depan.  Hal  ini  disebabkan  bukan  semua  kanak-kanak  istimewa  akan  dihantar  ke  sekolah  khas.  Ada  ibubapa  yang  tidak  mahu  menghantar  anak  mereka  yang  istimewa  ke  sekolah  khas.
          Kesimpulannya,  saya  harap  rakan-rakan  saya  yang  belum  membentangkan  assignment  mereka  akan  membentangkan  tentang  pendidikan  khas  supaya  saya  dan  rakan-rakan  lain  dapat  menambah  ilmu  pengetahuan  kami.  Jika  tajuk  mereka  bukan  tentang  pendidikan  khas,  saya  akan  berusaha  untuk  mendapat  maklumat  tentang  pendidikan  khas  daripada  internet  ataupun  berkomunikasi  dengan  rakan-rakan  saya  yang  mengambil  pendidikan  khas  sebagai  minor  untuk  mendapat  ilmu  pengetahuan  yang  baru.