Monday 17 October 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 5 (Perasaan)

13 / 10 / 2011

Pada minggu kelima ini, kami membentangkan assignment kami yang pertama. Tajuk assignment saya adalah "Sumber untuk guru dan kanak tadika dalam matematik". Saya telah post assignment ini dalam wikispaces saya iaitu "yongjelly". Jika ada sesiapa yang berminat, boleh merujuk padanya. Selain itu, saya juga telah mengetahui bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai autism dan kanak-kanak yang mempunyai autism ini boleh diajar matematik dengan menggunakan i-pad.

Bilik darjah masa depan saya


Bilik  Darjah  Masa  Depan  Saya
          Bilik  darjah  yang  cantik  dan  berwarna-warni  merupakan  salah  satu  aspek  yang  sangat  penting  untuk  menarik  perhatian  kanak-kanak.  Jika  bilik  darjah  tersebut  tidak  menarik  minat  kanak-kanak,  kemungkinan  kanak-kanak  tersebut  tidak  berminat  untuk  pergi  ke  sekolah  ataupun  tidak  berminat  untuk  belajar.  Oleh  itu,  guru-guru  prasekolah  harus  kreatif  untuk  mengubah  suai  suasana  di  dalam  bilik  darjah.
          Bagi  saya  sendiri,  saya  juga  mempunyai  impian  terhadap  bilik  darjah  masa  depan  saya.  Pertama  sekali,  saya  akan  membahagikan  sudut  yang  terdapat  di  dalam  bilik  darjah  saya.  Tujuan  saya  membahagikan  sudut  di  dalam  bilik  darjah  saya  adalah  supaya  kanak-kanak  dapat  mempelajari  pelbagai  subjek  mengikut  minat  mereka.  Contoh  sudut  yang  harus  didapati  di  sesebuah  bilik  darjah  adalah  bahasa,  matematik,  sains,  pendidikan  moral,  Islam,  seni,  komputer  dan  sebagainya.
          Seterusnya,  saya  akan  menghiaskan  setiap  sudut  tersebut  dengan  bahan  bantu  mengajar  yang  sesuai  untuk  kanak-kanak.  Walau  bagaimanapun,  bahan  yang  terdapat  di  dalam  setiap  sudut  tersebut  harus  berwarna-warni  dan  dapat  menarik  perhatian  dan  minat  kanak-kanak.  Contohnya,  bagi  sudut  sains,  saya  boleh  melekatkan  pelbagai  gambar  haiwan  yang  berwarna  bukannya  hitam  dan  putih  sahaja.  Selain  itu,  pokok  yang  ditanam  oleh  kanak-kanak  dan  akuarium  yang  mengandungi  ikan  yang  dibela  oleh  kanak-kanak  juga  boleh  diletakkan  di  sudut  sains.
          Di  samping  itu,  saya  juga  akan  meletakkan  perabot  dan  alat  elektrik  di  tengah  bilik  darjah  saya.  Semua  barang  ini  harus  mengikut  saiz  kanak-kanak.  Contohnya,  di  tengah  bilik  darjah,  saya  akan  meletakkan  meja  dan  kerusi  yang  lebih  kecil  saiznya  supaya  kanak-kanak  dapat  menggunakannya  dengan  selesa  semasa  belajar  di  sekolah.  Selain  itu,  papan  putih  harus  digantung  di  hadapan  bilik  darjah  dengan  ketinggian  yang  sesuai  dengan  kanak-kanak  supaya  mereka  boleh  melihat  papan  putih  tersebut  semasa  belajar.  Komputer,  projektor,  television  dan  radio  juga  harus  diletakkan  di  dalam  bilik  darjah.
          Tambahan  pula,  saya  akan  melekatkan  gambar  kanak-kanak  yang  terdapat  di  kelas  saya  di  dalam  bilik  darjah  saya  mengikuti  tarikh  hari  jadi  mereka.  Dengan  ini,  kanak-kanak  lain  akan  mengetahui  rakan-rakan  mereka  yang  terdapat  di  dalam  bilik  darjah  mereka.  Hal  ini  juga  boleh  mengelakkan  perasaan  rendah  diri  yang  ada  pada  kanak-kanak  apabila  mereka  berasa  kawan-kawannya  tidak  mengetahui  maklumatnya  terutamanya  hari  jadi.  Sebagai  contoh,  saya  akan  sentiasa  membaca  tarikh  hari  jadi  kanak-kanak  yang  mendekati  dan  menyambut  hari  jadi  mereka  bersama-sama  rakan-rakan  mereka  pada  hari  jadi  mereka.
          Selain  itu,  senarai  nama  pelajar  yang  terdapat  di  dalam  kelas  saya  juga  akan  dilekat  di  dalam  bilik  darjah.  Saya  akan  menghiaskan  sudut  yang  mempunyai  nama-nama  pelajar  saya  dengan  cantik.  Dengan  ini,  kanak-kanak  akan  berasa  kepentingan  mereka  di  dalam  kelas  mereka  dan  tidak  akan  berasa  disingkirkan.  Sebagai  contoh,  mereka  akan  memainkan  peranan  mereka  di  dalam  kelas  kerana  mereka  akan  berasa  mereka  merupakan  sebahagian  daripada  kelas  mereka.
          Jam  yang  besar  dan  jelas  juga  harus  digantungkan  di  hadapan  bilik  darjah.  Dengan  ini,  saya  boleh  mengajar  pelajar-pelajar  saya  bagaimana  melihat  jam  sementara  memelihara  sikap  mereka  yang  mementingkan  masa  dalam  kehidupan  mereka.  Contohnya,  jam  yang  digantung  di  depan  kelas  harus  besar  supaya  kanak-kanak  yang  duduk  di  belakang  kelas  dapat  melihat  dengan  jelas.
          Sementara  itu,  hasil  kanak-kanak  juga  harus  diletakkan  di  sudut-sudut  yang  tertentu.  Cara  ini  merupakan  sejenis  motivasi  yang  diberi  oleh  guru  kepada  pelajar-pelajarnya.  Contohnya,  hasil  kerja  kanak-kanak  akan  mempaparkan  di  dalam  kelas  supaya  mereka  akan  terus  berusaha  manakala  kanak-kanak  lain  juga  akan  berusaha  bersungguh-sungguh  selepas  melihat  hasil  kerja  rakan-rakan  mereka.
          Akhir  sekali,  kebersihan  di  dalam  bilik  darjah  juga  sangat  penting.  Bilik  darjah  yang  bersih  dapat  membekalkan  suatu  suasana  yang  selesa  untuk  kanak-kanak  belajar.  Kebersihan  juga  dapat  memastikan  kesihatan  kanak-kanak.  Contohnya,  bilik  darjah  yang  kotor  akan  menyebabkan  kanak-kanak  mudah  sakit.  Jika  keadaan  ini  berterusan,  kemungkinan  besar  perangai  kanak-kanak  tersebut  akan  berubah  seperti  pengotor  atau  pemalas.
          Kesimpulannya,  bilik  darjah  yang  harmoni  dapat  melahirkan  generasi  yang  berkualiti.  Untuk  memajukan  pendidikan  di  Malaysia,  para  guru  harus  mengutamakan  bidang-bidang  yang  disebut.  Saya  juga  akan  berusaha  untuk  menghasilkan  bilik  darjah  yang  bermutu  dan  cemerlang.

Internet Dan Pengajaran~Minggu 4 (Perasaan)

6 / 10 / 2011

Pada minggu keempat ini, pensyarah kami telah menjemput seorang guru menengah yang pakar dalam "Second Life". Beliau telah mengajar kami kebaikan "Second Life" ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga telah mengajar kami cara bermain "Second Life" ini. Rupa-rupanya "Second Life" ini begitu menarik dan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam dunia komputer dan internet ini. Sungguh mengagumkan.