Monday 5 December 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 11 (Perasaan)

01 / 12 / 2011

Pada minggu kesebelas ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu web 2.0  yang sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Wordpress". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari web 2.0 yang boleh post dan link bahan bantu mengajar seperti video, website, youtube dan sebagainya. Selepas kelas ini, saya telah boleh post dan link bahan bantu mengajar saya. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Blogspot" berbanding dengan "Wordpress" untuk post perkataan tetapi untuk post dan link video, saya lebih suka "Wordpress" berbanding dengan "Blogspot". Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua web 2.0 iaitu"Wordpress" dan "Blogspot".

Wordpress


“Wordpress”  (Kegunaan  dalam  Pengajaran  Dan  Pembelajaran)
          “Wordpress”  merupakan  salah  satu  web  2.0  yang  sangat  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  “Wordpress”  ini  boleh  didapatkan  secara  percuma  atau  secara  bayaran  dalam  internet.  Anda  hanya  perlu  sign  up  “Wordpress”  tersebut  dan  sign  in  untuk  menggunakannya.
          Pertama  sekali,  kegunaan  “Wordpress”  adalah  berkomunikasi.  Guru  atau  kanak-kanak  boleh  berkomunikasi  sesama  dengan  sendiri  walaupun  selepas  masa  persekolahan.  Contohnya,  jika  kanak-kanak  mempunyai  sebarang  persoalan  semasa  cuti  persekolahan,  mereka  boleh  bertanya  dengan  guru  mereka  melalui  email.  Hal  ini  juga  memastikan  kanak-kanak  pada  zaman  ini  tidak  ketinggalan  dengan  teknologi  yang  canggih.
          Kegunaan  “Wordpress”  yang  seterusnya  adalah  menyimpan  data.  Apabila  ada  orang  yang  menyampaikan  maklumat  melaluinya,  maklumat  tersebut  akan  berada  di  dalam  inbox  “Wordpress”.  Anda  boleh  menyimpan  maklumat-maklumat  tersebut  di  dalam  inbox  tanpa  muat  turun  maklumat  tersebut.  Contohnya,  anda  boleh  menyimpan  email  daripada  pelajar-pelajar  anda  untuk  menjadikan  rujukan  dalam  jangka  masa  yang  panjang.
          Sebenarnya  “Wordpress”  ini  juga  boleh  digunakan  oleh  guru  untuk  post  bahan  bantu  mengajar.  Guru  boleh  post  sebarang  bahan  bantu  mengajar  melalui  “Wordpress”  supaya  pelajar-pelajarnya  boleh  muat  turun  bahan  tersebut  dalam  pembelajaran.  Contohnya,  videos,  powerpoint,  gambar,  permainan,  dan  sebagainya.
          Tambahan  pula,  “Wordpress”  juga  boleh  digunakan  untuk  link  bahan  bantu  mengajar  kepadanya.  Guru  boleh  link  website  yang  sesuai  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kepada  “Wordpress”  supaya  guru  boleh  menggunakannya  dengan  segera  tanpa  mencarinya  semasa  kelas.  Pelajar-pelajar  juga  boleh  menjadikan  sebagai  bahan  semasa  di  rumah.  Contohnya,  website,  youtube,  blogspot  dan  sebagainya.
          “Wordpress”  ini  boleh  digunakan  untuk  mendapatkan  maklumat.  Guru  boleh  mendapatkan  pelbagai  maklumat  pengajaran  seperti  bahan  bantu  mengajar  melalui  “Worspress” dengan  cepat  dan  senang.  Contohnya,  guru  boleh  mendapatkan  powerpoint  atau  kertas  latihan  dengan  cara  mencari,  menurun  muat,  dan  mencetak  daripada  internet.
          Selain  itu,  menarik  perhatian  juga  merupakan  salah  satu  kegunaan.  Bahan  bantu  mengajar  yang  terdapat  dalam  “Wordpress”  dapat  menarik  perhatian  kanak-kanak  kerana  mempunyai  unsur-unsur  yang  tertentu  seperti  berwarna-warni.  Contohnya,  dalam  “Wordpress”  mempunyai  animasi,  lagu,  gambar,  video  dan  sebagainya  yang  memang  disukai  oleh  kanak-kanak.
          Di  samping  itu,  kegunaan  “Wordpress’   yang  seterusnya adalah  menyeronokan  kanak-kanak.  Bahan  bantu  mengajar  dalam  “Wordpress”  dapat  menyeronokan  kanak-kanak  berbanding  dengan  mengajar  menggunakan  buku  teks.  Contohnya,  “Wordpress”  mempunyai  ahli  yang  post  permainan  yang  boleh  memberi  pembelajaran  untuk  kanak-kanak.
          Tambahan  pula,  bahan  yang  terdapat  dalam  internet  seperti  “Wordpress”  menunjukkan  keadaan  sebenar.  Kebanyakkan  data  yang  terdapat  dalam  internet  adalah  data  yang  asli  iaitu  tidak  pernah  diubah  suai.  Contohnya,  berita  yang  terdapat  dalam  internet.
          Guru  dan  kanak-kanak  juga  boleh  mendapat  pelbagai  rujukan  daripada  “Wordpress”.  Untuk  mengetahui  sesuatu,  guru  ataupun  kanak-kanak  boleh  mencari  pelbagai  rujukan  daripada  “Wordpress”  dengan  mudah  dan  cepat.  Contohnya,  buku  teks,  buku  rujukan,  persoalan  dalam  bidang  sains  dan  sebagainya  kerana  ada  sebahagian  daripada  ahli  dalam  “Wordpress”  akan  post  bahan  tersebut.
          Kesimpulannya,  “Wordpress”  ini  sangat  berguna  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ia  akan  melancarkan  dan  memudahkan  pengajaran  bagi  guru  dan  pembelajaran  bagi  pelajar.  Apa  yang  penting  adalah  guru  dan  kanak-kanak  harus  menggunakannya  dengan  cara  yang  betul.  Guru  dan  ibubapa  memainkan  peranan  yang  penting  semasa  kanak-kanak  menggunakan  internet  seperti  melarang  atau  mengelakkan  kanak-kanak  melayari  websites  yang  tidak  bermoral  dan  berpendidikan.