Saturday 1 October 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 3 (Perasaan)

29/09/2011

Pada minggu yang ketiga ini, lecturer kami telah mengajar kami bagaimana untuk menggunakan papan electronik yang terdapat di dalam kelas kami. Papan tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan senang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, beliau juga telah mengajar kami bagaimana untuk membezakan websites yang baik dan websites yang kurang baik. Beliau juga telah memberi tugasan kepada kami iaitu mencari satu website, melayari website tersebut, menyatakan kebaikan dan kekurangan website tersebut dan membentangkannya di dalam kelas. Sebelum itu, beliau telah menunjukkan beberapa contoh websites supaya kami mengetahui cara membezakannya. Saya juga telah mengetahui beberapa website yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar ataupun rujukan semasa mengajar kanak-kanak.

Mengapakah menggunakan internet dalam bilik darjah?

Mengapakah  Menggunakan  Internet  Dalam  Bilik  Darjah?
        Pada  zaman  yang  berteknologi  ini,  internet  merupakan  salah  satu  teknologi  yang  sangat  penting  dan  berguna  dalam  kehidupan  manusia.  Ia  dapat  memudahkan  kerja  harian  manusia  seperti  mencari  maklumat,  membuat  kerja,  membayar  pelbagai  bayaran  dan  sebagainya.  Dengan  ini,  ia  telah  membuktikan  bahawa  ia  juga  boleh  digunakan  dalam  bilik  darjah.  Walau  bagaimanapun,  mengapakah  menggunakan  internet  dalam  bilik  darjah?
          Pertama  sekali,  internet  terdapat  pelbagai  bahan  bantu  mengajar.  Guru  boleh  mendedahkan  pelajar-pelajarnya  kepada  bahan  bantu  mengajar  yang  berlainan  dalam  internet  selain  daripada  bahan  bantu  mengajar  yang  dibuat  oleh  guru  sendiri.  Dengan  ini,  pelajar-pelajar  dapat  mendapatkan  pelbagai  ilmu  pengetahuan  dengan  baik  dan  cepat.  Contohnya,  internet  mempunyai  bahan  bantu  mengajar  yang  berlainan  seperti  puzzles,  kad  imbasan,  buku  cerita,  permainan  dan  sebagainya.
          Selain  itu,  penggunaan  internet  dalam  bilik  darjah  juga  boleh  menarik  perhatian  pelajar-pelajar.  Pelajar-pelajar  akan  menumpukan  perhatian  apabila  guru  mengajar  dengan  menggunakan  internet  daripada  papan  tulis  terutamanya  pelajar  yang  tidak  suka  belajar  semasa  guru  mengajar.  Contoh  perkara  yang  menarik  perhatian  pelajar  adalah  bermain  sambil  belajar,  berwarna-warni,  animasi,  bermotivasi,  sokongan  dalam  perkataan,  dan  sebagainya.
          Tambahan  pula,  penggunaan  internet  dalam  bilik  darjah  dapat  menyeronokan  para  pelajar.  Bahan  bantu  mengajar  dalam  internet  dapat  menyeronokan  pelajar  berbanding  dengan  mengajar  menggunakan  buku  teks.  Contohnya,  internet  mempunyai  animasi  bagi  mata  pelajaran  sains  yang  boleh  memberi  pembelajaran  untuk  para  pelajar  sementara  menyeronokan  mereka  berbanding  dengan  guru  mengajar  mengikut  buku  teks  dan  papan  tulis.
          Selain  daripada  itu,guru  dan  para  pelajar  juga  boleh  mendapat  pelbagai  rujukan  daripada  internet.  Untuk  mengetahui  sesuatu,  guru  ataupun  pelajar  boleh  mencari  pelbagai  rujukan  daripada  internet  dengan  mudah  dan  cepat.  Contohnya,  buku  teks,  buku  rujukan,  persoalan  dalam  bidang  sains  dan  sebagainya.
Di  samping  itu,  penggunaan  internet  dalam  bilik  darjah  boleh  mendedahkan  teknologi  canggih  kepada  pelajar-pelajar.  Pelajar-pelajar  boleh  mula  menyesuaikan  diri  dengan  teknologi  yang  semakin  canggih  pada  masa  ini  supaya  tidak  ketinggalan  zaman.  Contohnya,  pelajar  yang  boleh  menggunakan  internet  atau  teknologi  canggih  yang  lain  mampu  mendapat  kerja  dengan  mudah  berbanding  kepada  mereka  yang  tidak  pandai  menggunakannya.  Mereka  juga  boleh  memajukan  negara  kita  dengan  pengetahuan  teknologi  mereka.
          Kesimpulannya,  penggunaan  internet  dalam  bilik  darjah  mempunyai  pelbagai  sebab  yang  memberi  kesan  yang  baik  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Hal  ini  dapat  memastikan  para  pelajar  dapat  belajar  dengan  gembira  dan  ilmu  pengetahuan  lebih  mudah  diperolehi  daripada  kegembiraan.  Para  guru  harus  menggunakan  internet  dalam  bilik  darjah  dengan  mengikut  masa  yang  tertentu  untuk  meningkatkan  tahap  pendidikan  di  negara  kita.

Sumber Dari Internet
Sebab internet 1 
Sebab internet 2