Saturday 24 September 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 2 (Perasaan)

22/09/2011

Pada minggu ini, lecturer kami telah memberitahu kami tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan khas. Beliau juga menyatakan bahawa selepas beliau menghadiri seminar pendidikan khas, beliau akan mengajar kami tentang apa yang telah dipelajari olehnya. Beliau juga telah memberi satu tajuk kepada kami untuk refleksi iaitu "Apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?"

Apakah kebaikan penggunaan internet dalam pendidikan awal kanak-kanak?

Apakah  kebaikan  penggunaan  internet  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak?
          Pada  zaman  yang  moden  ini,  semua  orang  melakukan  segala  kerja  dalam  kehidupan  harian  mereka  melalui  teknologi  terutamanya  penggunaan  internet.  Selain  daripada  sektor  industri,  pengajaran  dan  pembelajaran  iaitu  pendidikan  juga  menggunakan  internet  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  termasuk  pendidikan  awal  kanak-kanak.  Walau  bagaimanapun,  apakah  kebaikan  penggunaan  internet  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak?
          Pertama  sekali,  kebaikan  penggunaan  internet  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak  adalah  mudah  dapat  maklumat.  Guru  boleh  mendapatkan  pelbagai  maklumat  pengajaran  seperti  bahan  bantu  mengajar  melalui  internet dengan  cepat  dan  senang.  Contohnya,  guru  boleh  mendapatkan  kertas  latihan  dengan  cara  mencari,  menurun  muat,  dan  mencetak  daripada  internet.
          Selain  itu,  menarik  perhatian  juga  merupakan  salah  satu  kebaikan.  Bahan  bantu  mengajar  yang  terdapat  dalam  internet  dapat  menarik  perhatian  kanak-kanak  kerana  mempunyai  unsur-unsur  yang  tertentu  seperti  berwarna-warni.  Contohnya,  internet  mempunyai  animasi,  lagu,  gambar,  video  dan  sebagainya  yang  memang  disukai  oleh  kanak-kanak.
          Motivasi  merupakan  salah  satu  unsur  yang  sangat  penting  kepada  kanak-kanak  dalam  pendidikan.  Bahan  bantu  mengajar  yang  terdapat  dalam  internet  selalu  mempunyai  perkataan  yang  boleh  memberi  dorongan  kepada  kanak-kanak.  Contohnya,  apabila  kanak-kanak  menjawab  soalan  yang  terdapat  dalam  internet  dengan  betul,  ia  akan  mempaparkan  perkataan  yang  memberi  motivasi  seperti  “Baik”,  “Taniah”,  “Well  done”,  “Great”,  “Good”,  dan  sebagainya.  Jika  kanak-kanak  telah  menjawab  jawapan  yang  salah,  ia  akan  mempaparkan  perkataan  seperti  “Try  again”,  “Selamat  mencuba”,  “Berusaha  lagi”  dan  sebagainya.  Ini  juga  akan  memberi  motivasi  kepada  kanak-kanak  untuk  terus  berusaha.
          Tambahan  pula,  bahan  yang  terdapat  dalam  internet  menunjukkan  keadaan  sebenar.  Kebanyakkan  data  yang  terdapat  dalam  internet  adalah  data  yang  asli  iaitu  tidak  pernah  diubah  suai.  Contohnya,  berita  yang  terdapat  dalam  internet.
          Di  samping  itu,  penggunaan  internet  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak  dapat  menyeronokan  kanak-kanak.  Bahan  bantu  mengajar  dalam  internet  dapat  menyeronokan  kanak-kanak  berbanding  dengan  mengajar  menggunakan  buku  teks.  Contohnya,  internet  mempunyai  permainan  yang  boleh  memberi  pembelajaran  untuk  kanak-kanak.
          Bahan  bantu  mengajar  dalam  internet  mempunyai  penilaian.  Selepas  bermain,  permainan  tersebut  akan  menunjukkan  markah  keseluruhan  supaya  kanak-kanak  mengetahui  tahap  pemahaman  mereka.  Contohnya,  selepas  main  satu  permainan,  permainan  tersebut  akan  menunjukkan  8  daripada  10  soalan  telah  dijawab  dengan  betul.
          Guru  dan  kanak-kanak  juga  boleh  mendapat  pelbagai  rujukan  daripada  internet.  Untuk  mengetahui  sesuatu,  guru  ataupun  kanak-kanak  boleh  mencari  pelbagai  rujukan  daripada  internet  dengan  mudah  dan  cepat.  Contohnya,  buku  teks,  buku  rujukan,  persoalan  dalam  bidang  sains  dan  sebagainya.
          Akhir  sekali,  kebaikan  penggunaan  internet  adalah  berkomunikasi.  Guru  atau  kanak-kanak  boleh  berkomunikasi  sesama  dengan  sendiri  walaupun  selepas  masa  persekolahan.  Contohnya,  jika  kanak-kanak  mempunyai  sebarang  persoalan  semasa  cuti  persekolahan,  mereka  boleh  bertanya  dengan  guru  mereka  melalui  internet.  Hal  ini  juga  memastikan  kanak-kanak  pada  zaman  ini  tidak  ketinggalan  dengan  teknologi  yang  canggih.
          Secara  keseluruhannya,  penggunaan  internet  mempunyai  banyak  kebaikan  dalam  pendidikan  awal  kanak-kanak.  Apa  yang  penting  adalah  guru  dan  kanak-kanak  harus  menggunakannya  dengan  cara  yang  betul.  Guru  dan  ibubapa  memainkan  peranan  yang  penting  semasa  kanak-kanak  menggunakan  internet  seperti  melarang  atau  mengelakkan  kanak-kanak  melayari  websites  yang  tidak  bermoral  dan  berpendidikan.
Sumber Dari Internet
Kebaikan internet 1
Kebaikan internet 2