Monday 5 December 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 11 (Perasaan)

01 / 12 / 2011

Pada minggu kesebelas ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu web 2.0  yang sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Wordpress". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari web 2.0 yang boleh post dan link bahan bantu mengajar seperti video, website, youtube dan sebagainya. Selepas kelas ini, saya telah boleh post dan link bahan bantu mengajar saya. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Blogspot" berbanding dengan "Wordpress" untuk post perkataan tetapi untuk post dan link video, saya lebih suka "Wordpress" berbanding dengan "Blogspot". Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua web 2.0 iaitu"Wordpress" dan "Blogspot".

Wordpress


“Wordpress”  (Kegunaan  dalam  Pengajaran  Dan  Pembelajaran)
          “Wordpress”  merupakan  salah  satu  web  2.0  yang  sangat  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  “Wordpress”  ini  boleh  didapatkan  secara  percuma  atau  secara  bayaran  dalam  internet.  Anda  hanya  perlu  sign  up  “Wordpress”  tersebut  dan  sign  in  untuk  menggunakannya.
          Pertama  sekali,  kegunaan  “Wordpress”  adalah  berkomunikasi.  Guru  atau  kanak-kanak  boleh  berkomunikasi  sesama  dengan  sendiri  walaupun  selepas  masa  persekolahan.  Contohnya,  jika  kanak-kanak  mempunyai  sebarang  persoalan  semasa  cuti  persekolahan,  mereka  boleh  bertanya  dengan  guru  mereka  melalui  email.  Hal  ini  juga  memastikan  kanak-kanak  pada  zaman  ini  tidak  ketinggalan  dengan  teknologi  yang  canggih.
          Kegunaan  “Wordpress”  yang  seterusnya  adalah  menyimpan  data.  Apabila  ada  orang  yang  menyampaikan  maklumat  melaluinya,  maklumat  tersebut  akan  berada  di  dalam  inbox  “Wordpress”.  Anda  boleh  menyimpan  maklumat-maklumat  tersebut  di  dalam  inbox  tanpa  muat  turun  maklumat  tersebut.  Contohnya,  anda  boleh  menyimpan  email  daripada  pelajar-pelajar  anda  untuk  menjadikan  rujukan  dalam  jangka  masa  yang  panjang.
          Sebenarnya  “Wordpress”  ini  juga  boleh  digunakan  oleh  guru  untuk  post  bahan  bantu  mengajar.  Guru  boleh  post  sebarang  bahan  bantu  mengajar  melalui  “Wordpress”  supaya  pelajar-pelajarnya  boleh  muat  turun  bahan  tersebut  dalam  pembelajaran.  Contohnya,  videos,  powerpoint,  gambar,  permainan,  dan  sebagainya.
          Tambahan  pula,  “Wordpress”  juga  boleh  digunakan  untuk  link  bahan  bantu  mengajar  kepadanya.  Guru  boleh  link  website  yang  sesuai  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  kepada  “Wordpress”  supaya  guru  boleh  menggunakannya  dengan  segera  tanpa  mencarinya  semasa  kelas.  Pelajar-pelajar  juga  boleh  menjadikan  sebagai  bahan  semasa  di  rumah.  Contohnya,  website,  youtube,  blogspot  dan  sebagainya.
          “Wordpress”  ini  boleh  digunakan  untuk  mendapatkan  maklumat.  Guru  boleh  mendapatkan  pelbagai  maklumat  pengajaran  seperti  bahan  bantu  mengajar  melalui  “Worspress” dengan  cepat  dan  senang.  Contohnya,  guru  boleh  mendapatkan  powerpoint  atau  kertas  latihan  dengan  cara  mencari,  menurun  muat,  dan  mencetak  daripada  internet.
          Selain  itu,  menarik  perhatian  juga  merupakan  salah  satu  kegunaan.  Bahan  bantu  mengajar  yang  terdapat  dalam  “Wordpress”  dapat  menarik  perhatian  kanak-kanak  kerana  mempunyai  unsur-unsur  yang  tertentu  seperti  berwarna-warni.  Contohnya,  dalam  “Wordpress”  mempunyai  animasi,  lagu,  gambar,  video  dan  sebagainya  yang  memang  disukai  oleh  kanak-kanak.
          Di  samping  itu,  kegunaan  “Wordpress’   yang  seterusnya adalah  menyeronokan  kanak-kanak.  Bahan  bantu  mengajar  dalam  “Wordpress”  dapat  menyeronokan  kanak-kanak  berbanding  dengan  mengajar  menggunakan  buku  teks.  Contohnya,  “Wordpress”  mempunyai  ahli  yang  post  permainan  yang  boleh  memberi  pembelajaran  untuk  kanak-kanak.
          Tambahan  pula,  bahan  yang  terdapat  dalam  internet  seperti  “Wordpress”  menunjukkan  keadaan  sebenar.  Kebanyakkan  data  yang  terdapat  dalam  internet  adalah  data  yang  asli  iaitu  tidak  pernah  diubah  suai.  Contohnya,  berita  yang  terdapat  dalam  internet.
          Guru  dan  kanak-kanak  juga  boleh  mendapat  pelbagai  rujukan  daripada  “Wordpress”.  Untuk  mengetahui  sesuatu,  guru  ataupun  kanak-kanak  boleh  mencari  pelbagai  rujukan  daripada  “Wordpress”  dengan  mudah  dan  cepat.  Contohnya,  buku  teks,  buku  rujukan,  persoalan  dalam  bidang  sains  dan  sebagainya  kerana  ada  sebahagian  daripada  ahli  dalam  “Wordpress”  akan  post  bahan  tersebut.
          Kesimpulannya,  “Wordpress”  ini  sangat  berguna  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ia  akan  melancarkan  dan  memudahkan  pengajaran  bagi  guru  dan  pembelajaran  bagi  pelajar.  Apa  yang  penting  adalah  guru  dan  kanak-kanak  harus  menggunakannya  dengan  cara  yang  betul.  Guru  dan  ibubapa  memainkan  peranan  yang  penting  semasa  kanak-kanak  menggunakan  internet  seperti  melarang  atau  mengelakkan  kanak-kanak  melayari  websites  yang  tidak  bermoral  dan  berpendidikan.

Thursday 24 November 2011

Internet Dan Pengajaran~Minggu 10 (Perasaan)

24 / 11 / 2011

Pada minggu kesepuluh ini, lecturer kami telah memperkenalkan salah satu software yang mempunyai beberapa persamaan dengan "Jing" dan sangat berguna dan berkesan dalam assignment atau pengajaran dan pembelajaran iaitu "Camtasia". Saya sangat gembira kerana telah mempelajari software boleh menukar powerpoint kepada video sambil mengubah suai ataupun edit. Selepas kelas ini, saya telah boleh menukar powerpoint kepada video menggunakan "Camtasia" ini sambil edit. Selain itu, saya juga telah menukar assignment pertama saya kepada video menggunakan "Camtasia". Assignment ketiga saya juga akan menggunakan "Camtasia" untuk membuat bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan npembelajaran. Walau bagaimanapun, saya lebih suka "Jing" berbanding dengan "Camtasia" walaupun "Camtasia" mempunyai fungsi edit. Hal ini kerana "Camtasia" perlu bayar atau beli tetapi "Jing" adalah percuma. Walau bagaimanapun, saya akan belajar cara menggunakan kedua-dua software iaitu"Jing" dan "Camtasia". Hanya saya perlu menggunakan 30 hari ini dengan sepenuhnya.

"Camtasia" (Kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan perasaan)

“Camtasia”  (Kegunaan  Dalam  Pengajaran  Dan  Pembelajaran,  Dan  Perasaan)
          “Camtasia”  merupakan  salah  satu  software  yang  mempunyai  beberapa  persamaan  dengan  “Jing”  dan  sangat  berguna  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  “Camtasia”  ini  boleh  didapatkan  secara  percuma  untuk  30  hari  percubaan  dalam  internet.  Manakala  “Camtasia”  yang  kekal  lama  harus  dibeli  oleh  pengguna.  Anda  hanya  perlu  download  “Camtasia”  30  hari  percubaan  tersebut  dan  install  dalam  komputer  anda.  Manakala  bagi  “Camtasia”  kekal  lama,  anda  perlu  membeli  dan  install  dalam  komputer  anda.
          “Camtasia”  ini  boleh  digunakan  untuk  merekod  video  dalam  screen  komputer  termasuk  powerpoint  dan  internet.  “Camtasia”  juga  mempunyai  pelbagai  slide  yang  cantik  dan  berwarna-warni  untuk  dipilih  oleh  pengguna  sebagai  muka  depan  persembahan  termasuk  powerpoint.  “Camtasia”  juga  mempunyai  satu  kebaikan  yang  tidak  dipunyai  oleh  “Jing”  iaitu  boleh  mengubah  suai  ataupun  edit  proses  persembahan  tersebut.
          Untuk  merekod  video,  cara  penggunaannya  adalah  menekan  Tools  yang  terdapat  di  atas  screen  “Camtasia”  Studio  7,  selepas  itu  menekan  Record  The  Screen  untuk  merekod  screen  komputer  anda.  Manakala  untuk  merekod  powerpoint  manjadi  video,  cara  penggunaannya  sama  dengan  merekod  screen  hanya  menekan  Record  The  Powerpoint  untuk  langkah  kedua.  Ia  akan  mengira  nombor  3  sehingga  1  supaya  anda  mempunyai  sedikit  masa  menyediakan  diri.  Selepas  pengiraan tersebut,  “Camtasia”  akan  mula  merekod.  Anda  boleh  bercakap  melalui  microphone  supaya  video  anda  mempunyai  bunyi.  Masa  yang  diperuntukkan  adalah  2  minit  20  saat.  Akhir  sekali,  anda  perlu  Save  Project  tersebut.
          Dengan  ini,  guru  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  merekod  aktiviti  dari  internet  ataupun  sumber  lain  dan  menjadikannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Hal  ini  dapat  menarik  perhatian  pelajar  kerana  terdapat  visual  yang  berwarna-warni  dalam  pembelajaran.  Ini  adalah  salah  satu  motivasi  kepada  pelajar.  Sebagai  contoh,  guru  boleh  merekod  aktiviti  dalam  internet  sambil  melakukan  aktiviti  tersebut  serta  bercakap  melalui  microphone.
          Selain  itu,  guru  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  menjadikan  powerpoint  sebagai  video  dan  menjadikannya  sebagai  bahan  bantu  mengajar  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Semua  hasil  ini  boleh  mempelbagaikan  bahan  bantu  mengajar  guru  bukan  setiap  hari  menggunakan  papan  tulis  untuk  mengajar  sahaja.  Sebagai  contoh,  guru  boleh  merekod  powerpoint  pengajaran  menjadi  video.
Tambahan  pula,  “Camtasia”  ini  juga  mempunyai  pelbagai  slide  yang  cantik  dan  berwarna-warni  untuk  dipilih  oleh  pengguna  sebagai  muka  depan  persembahan  termasuk  powerpoint.  Cara  penggunaannya  adalah  menekan  butang  Library,  selepas  memilih  slide  yang  dihendaki,  Take  and  Drop  slide  tersebut  ke  bawah  ruang  yang  disediakan.  Muka  depan  persembahan  ini  juga  boleh  dimasukkan  tajuk  persembahan.  Selain  daripada  muka  depan,  ia  juga  boleh  menjadi  muka  akhir.  Dengan  ini,  guru  boleh  mencantikkan  persembahan  seperti  powerpoint  untuk  menarik  minat  pelajar.
“Camtasia”  juga  mempunyai  satu  kebaikan  yang  tidak  dipunyai  oleh  “Jing”  iaitu  boleh  mengubah  suai  ataupun  edit  proses  persembahan  tersebut.  Cara  penggunaannya  adalah  Highlight  bahagian  yang  tidak  diperlukan,  seterusnya  menekan  butang  berbentuk  gunting  untuk  memotong  bahagian  tersebut.  Proses  persembahan  tersebut  boleh  dipindah  dan  disusun.  Fungsi  ini  sangat  berguna  untuk  menghasilkan  video  yang  baik.
  Pelajar  juga  boleh  menggunakan  “Camtasia”  untuk  menyelesaikan  tugasan  yang  diberi  oleh  guru.  Hal  ini  dapat  menarik  minat  pelajar  untuk  membuat  kerja  rumah  kerana  “Camtasia”  ini  dapat  menghiburkan  pelajar  sambil  belajar.  Dengan  menggunakan  “Camtasia”,  pelajar  juga  dapat  meningkatkan  tahap  kreativitinya.  Mereka  boleh  menggunakan  pelbagai  idea  untuk  membuat  tugasan  mereka.  Hal  ini  juga  membolehkan  pelajar  menyesuaikan  diri  dengan  teknologi  kerana  pada  masa  kini  merupakan  zaman  teknologi.
          Kesimpulannya,  “Camtasia”  ini  sangat  berguna  dan  berkesan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Ia  akan  melancarkan  dan  memudahkan  pengajaran  bagi  guru  dan  pembelajaran  bagi  pelajar.  Anda  harus  belajar  cara  menggunakan  “Camtasia”  ini  kerana  anda  akan  mempunyai  perasaan  yang  sama  dengan  saya  iaitu  gembira  sebab  software  ini  sangat  baik  dan  berguna  pada  masa  depan  anda.