Bagaimana Menggunakan Internet Di Dalam Kelas?
Guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kebaikan. Oleh itu, guru boleh menggunakan internet di dalam kelas supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan bukan sahaja melalui buku teks tetapi juga melalui internet yang menarik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, bagaimanakah guru boleh menggunakan internet di dalam kelas?
Pertama sekali, guru boleh menggunakan Blogspot untuk mengajar pelajar-pelajarnya. Blogspot merupakan salah satu web yang membolehkan interaksi atau komunikasi berlaku di dalam kalangan pelajar dengan pelajar ataupun pelajar dengan guru. Contohnya, guru boleh menayangkan pelbagai Blogspot orang lain yang mempunyai bahan bantu mengajar yang baik. Selain itu, guru juga boleh upload pelbagai bahan bantu mengajar seperti website yang berguna dalam pengajaran dan pembelajaran, latihan, permainan yang mempunyai unsur belajar dan sebagainya. Tambahan pula, pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar lain ataupun guru apabila mereka menghadapi pelbagai masalah dalam proses ulangkaji.
Di samping itu, guru juga boleh menggunakan Publisher dalam pengajaran dan pembelajaran. Publisher adalah website yang telah dibuat oleh orang lain dan boleh didapati melalui internet. Contohnya, guru boleh mencari Publisher yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya sebagai bahan bantu mengajar semasa di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh membina Publisher sendiri yang mengandungi pelbagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pelajar-pelajar juga boleh melayarinya semasa di rumah.
Tambahan pula, guru juga boleh menggunakan websites dua dimensi seperti Wikispaces, Weebly, dan sebagainya. Sebenarnya, Blogspot juga merupakan website dua dimensi. Oleh itu, kegunaan websites dua dimensi ini lebih kurang sama. Tetapi guru boleh menggunakan pelbagai websites dua dimensi ini supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan dari segi penggunaan pelbagai websites dua dimensi dan bahan yang terdapat di pelbagai jenis websites dua dimensi ini.
Selain daripada websites dua dimensi, websites tiga dimensi juga boleh digunakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Second Life merupakan websites tiga dimensi yang sangat popular dan boleh digunakan oleh guru di dalam kelas. Di dalam Second Life ini, guru boleh membina dunia yang penuh dengan bahan bantu mengajar dan maklumat pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pelajar-pelajar boleh melayari Second Life ini dan belajar di dunia tersebut. Hal ini dapat menarik perhatian pelajar-pelajar supaya mereka tidak akan berasa bosan untuk belajar. Selain itu, pelajar-pelajar boleh bermain sambil belajar melalui Second Life ini. Tambahan pula, pelajar-pelajar juga boleh menemui pelbagai orang yang datang dari pelbagai negara. Dengan ini, pelajar-pelajar boleh mempelajari daripada orang-orang tersebut berkaitan dengan negara mereka. Kemahiran berkomunikasi juga boleh dikembangkan. Di samping itu, di dalam Second Life juga mempunyai pelbagai seminar, pelajar-pelajar boleh menyertai seminar-seminar tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan mereka yang tidak akan dipelajari di mata pelajaran yang lain.
Guru juga boleh mendapat pelbagai videos daripada internet. Apabila guru mengajar di dalam kelas, guru boleh menggunakan internet untuk mendapatkan pelbagai videos yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh, jika guru mengajar mata pelajaran sains, guru boleh mencari videos yang menunjukan proses hujan supaya pelajar-pelajar dapat mengetahuinya dengan lebih jelas daripada perkataan di dalam buku teks.
Pelbagai gambar juga merupakan salah satu bahan yang boleh didapati daripada internet. Guru boleh menggunakan gambar yang terdapat di internet untuk menjadi bahan bantu mengajar. Contohnya, jika guru mengajar bentuk, guru boleh mencari gambar pelbagai bentuk supaya pelajar-pelajar dapat memahaminya dengan baik.
Internet juga mempunyai pelbagai permainan. Sebelum pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan permainan dalam internet sebagai set induksi. Guru juga boleh menggunakan permainan dalam internet sebagai salah satu aktiviti semasa mengajar. Permainan dalam internet ini juga boleh dijadikan sebagai latihan selepas pengajaran dan pembelajaran.
Akhir sekali, guru boleh menggunakan internet di dalam kelas kerana internet terdapat pelbagai maklumat. Guru boleh mencari lebih banyak maklumat daripada internet semasa mengajar supaya pelajar-pelajar dapat mengingatinya dengan lebih bagus. Contohnya, apabila pelajar-pelajar diberi pelbagai jenis soalan matematik selain daripada buku teks dan buku kerja, mereka akan lebih mahir dalam matematik.
Kesimpulannya, internet sangat berguna di dalam kelas untuk pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, jika boleh setiap kelas harus dibekalkan komputer dan internet supaya guru dan pelajar-pelajar boleh menggunakannya sebagai salah satu media yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pelajar-pelajar boleh mendapat pelbagai ilmu pengetahuan bersama keseronokan adanya internet.
Sumber Dari Internet
Guna internet 1
Guna internet 2
Sumber Dari Internet
Guna internet 1
Guna internet 2
No comments:
Post a Comment